Awal pergerakan tauhid Muhammad bin Abdul Wahab

Muhammad bin Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri iaitu Uyainah. Pada waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu’ammar. Amir Uthman menyambut baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira, dan beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan.

Selama berdakwah di Uyainah, masyarakat di sana merasakan kembali kedamaian luar biasa, yang selama ini belum pernah mereka rasakan. Dakwah syeikh bergema di negeri mereka. Ukhuwah Islamiyah dan persaudaraan Islam telah tumbuh kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk Uyainah dan sekitarnya. Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berhijrah ke Uyainah, karena mereka menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri ini.

Pada suatu hari, Syeikh Muhammad meminta izin pada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin al-Khattab, saudara kandung Umar al-Khattab, khalifah kedua. Syeikh Muhammad mengemukakan alasannya kepada Amir, bahwa menurut hadith Rasulullah saw, membina sesebuah bangunan di atas kubur adalah dilarang, kerana yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan. Amir bersetuju.

Tetapi syeikh mengajukan pendapat bahawa beliau khuatir masalah itu kelak akan dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah(kaum badwi) yang tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu amir menyediakan 600 orang tentera untuk tujuan tersebut bersama-sama Syeikh Muhammad merobohkan maqam yang dikeramatkan itu.

Syeikh Muhammad tidak berhenti sampai di situ, semua maqam yang dipandang berbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah Uyainah turut diratakan. Hal ini adalah untuk mencegah agar jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat Islam setempat yang sudah mulai nyata kejahiliahan dalam diri mereka.

Setelah selesai dari masalah tauhid, maka syeikh mulai menerangkan dan mengajarkan hukum-hukum syariat yang sudah berabad-abad hanya termaktub saja dalam buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah diterapkan sebagai hukum yang diamalkan. Maka yang dilaksanakannya mula-mula sekali ialah hukum rejam bagi penzina. Seorang wanita yang mengaku dirinya berzina ke hadapan Syeikh Muhammad, dan ukuman rejam dijatuhkan atas dasar pengakuan wanita tersebut.

Berita tentang kejayaan syeikh dalam memurnikan masyarakat Uyainah dan penerapan hukum rejam kepada orang yang berzina, sudah tersebar luas di kalangan masyarakat Uyainah mahupun di luar Uyainah. Masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai gerakan syeikh ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan kebaikan. Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Syeikh Muhammad itu sebagai suatu perkara yang negatif dan membahayakan kedudukan mereka.

Di antara yang menentangnya dakwah tersebut adalah pihak berkuasa wilayah al-Ihsa’ (suku badwi) dengan para pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman Bin Ari’ar al-Khalidi. Pihak berkuasa al-ihsa’ khuatir kalau pergerakan Syeikh Muhammad tidak dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah kekuasaannya nanti akan direbut oleh pergerakan tersebut.

Maka amir badwi ini menulis sepucuk surat kepada amir Uyainah yang isinya mengancam pihak berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut ialah: “Apabila Amir Uthman tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh Muhammad terus berdakwah dan tinggal di wilayahnya, serta tidak mau membunuh Syeikh Muhammad, maka semua pajak dan upeti wilayah badwi yang selama ini dibayar kepada Amir Uthman akan diputuskan (ketika itu wilayah badwi tunduk dibawah kekuasaan pemerintahan Uyainah).” Jadi, amir uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan, membunuh syeikh atau suku badwi itu menghentikan pembayaran upeti.

Ancaman ini amat mempengaruhi pikiran Amir Uthman, kerena upeti dari wilayah badwi yang sangat besar erti baginya. Didesak oleh tuntutan tersebut, Amir Uyainah memanggil Syeikh Muhammad untuk diajak berunding bagaimanakah mencari jalan keluar dari ancaman tersebut.

Maka, amir uthman meminta kepada Syeikh Muhammad supaya dalam hal ini demi keselamatan bersama dan untuk menghindari dari terjadinya pertumpahan darah, sebaiknya syeikh bersedia mengalah untuk meninggalkan negeri Uyainah. Syeikh Muhammad menjawab seperti berikut: “Wahai Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari dakwahku, tidak lain adalah dinullah (agama Allah), dalam rangka melaksanakan kandungan la ilaha illallah - tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah. Maka barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu pengembangannya dengan ikhlas dan yakin, pasti allah akan mengulurkan bantuan dan pertolongannya kepada orang itu, dan Allah akan membantunya untuk dapat menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada anda amir supaya bersabar dan tetap berpegang terhadap pegangan kita bersama terlebih dahulu, untuk sama-sama berjuang demi tegaknya kembali dinullah di negeri ini. Mohon sekali lagi amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi pertolongan kepada anda dan menjaga anda dari ancaman badui itu, begitu juga dengan musuh-musuh anda yang lainnya. Dan Allah akan memberi kekuatan kepada anda untuk melawan mereka agar anda dapat mengambil alih daerah badui untuk sepenuhnya menjadi daerah Uyainah di bawah kekuasaan anda.”

Setelah bertukar fikiran di antara syeikh dan Amir Uthman, tampaknya pihak amir tetap pada pendiriannya, iaitu mengharapkan agar syeikh meninggalkan Uyainah secepat mungkin.

Dalam bukunya yang berjudul al-imam muhammad bin `abdul wahab, wada’ watahu wasiratuhu, Syeikh Muhammad bin `abdul `aziz bin `abdullah bin baz, beliau berkata: “demi menghindari pertumpahan darah, dan karena tidak ada lagi pilihan lain, di samping beberapa pertimbangan lainnya maka terpaksalah syeikh meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri Dar’iyah dengan menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang diri tanpa ditemani oleh seorangpun. Beliau meninggalkan negeri Uyainah pada waktu dinihari, dan sampai ke negeri dar’iyah pada waktu malam hari.” (ibnu baz, syeikh `abdul `aziz bin `abdullah, m.s 22)

Tetapi ada juga tulisan lainnya yang mengatakan bahawa: pada mulanya Syeikh Muhammad mendapat dukungan penuh dari pemerintah negeri Uyainah amir uthman bin mu’ammar, namun setelah api pergerakan dinyalakan, pemerintah setempat mengundurkan diri dari percaturan pergerakan karena alasan politik (besar kemungkinan takut dipecat dari kedudukannya sebagai amir Uyainah oleh pihak atasannya). Dengan demikian, tinggallah Syeikh Muhammad dengan beberapa orang sahabatnya yang setia untuk meneruskan dakwahnya. Dan beberapa hari kemudian, Syeikh Muhammad diusir keluar dari negeri itu oleh pemerintahnya.